Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori didapati memandu kereta dengan kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 74 miligram (mg) per 100 mililiter (ml) darah iaitu lebih 24 mg daripada had ditetapkan iaitu 50 mg dalam 100 ml darah.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Jalan Dato Mohd Zin di Melaka pada 17 Januari lalu sekitar jam 11.50 malam.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 jika sabit salah.
Pelaku juga berdepan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.
Bagaimanapun Gajehndranath yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan bekerja sebagai pemandu lori dan perlu menanggung ibu bapa.
Mahkamah menetapkan hukuman tersebut dan berdepan tujuh bulan penjara jika gagal berbuat demikian.