Pemandu mabuk didenda cuci rumah mayat sebagai pengajaran

oleh SALINA JALIL|
Pihak berkuasa di bandar Kaohsiung, Taiwan dilaporkan mengenakan denda terhadap pemandu mabuk dengan mengarahkan pesalah untuk membersihkan rumah-rumah mayat, lapor laman berita Oddity Central semalam.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Hukuman tersebut dikenakan bagi membiarkan pesalah mengalami sendiri situasi dekat dengan kematian. 

 

Bulan lalu, bandar itu digemparkan dengan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang mengakibatkan seorang lelaki maut dan tiga yang lain cedera. 

 

Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Qimai memaklumkan bahawa mereka yang disabitkan kesalahan sedemikian atau berdepan  penangguhan pendakwaan, perlu didenda melakukan kerja kemasyarakatan di rumah-rumah pengebumian tempatan. 

 

Beberapa hari lalu, kumpulan pertama seramai 11 pemandu mabuk diarahkan menjalani hukuman tersebut di Pejabat Pengurusan Pengebumian Bandar Kaohsiung.

 

Mereka diarahkan membersihkan bilik mayat, peti penyejuk mayat dan tempat pembakaran mayat.

 

Setiausaha Hal Ehwal Awam, Yan Qingzhi berkata, pihaknya dengan tegas melaksanakan inisiatif sifar pemandu mabuk.

 

Pihak berkuasa berharap agar denda sedemikian dapat membantu pesalah untuk berwaspada dengan keselamatan diri sendiri, menghormati nyawa orang lain, tidak  memandu semasa mabuk, meningkatkan keselamatan jalan raya serta menghormati hak serta kepentingan pengguna jalan raya lain. 

 

Selepas empat jam menerima hukuman, pesalah tersebut menyatakan kekesalan atas kesalahan yang dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.

 

 

 

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Ambul…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian…