Pemandu mabuk: Cadangan pindaan akta ke Kabinet hari ini!

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membentangkan cadangan pindaan hukuman terhadap pemandu mabuk mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) pada mesyuarat Kabinet hari ini.


Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi Facebooknya berkata, hasrat kerajaan bukan semata-mata meminda Akta 333, malah untuk merangka formula lebih komprehensif bagi mengekang pemanduan di bawah pengaruh alkohol, dadah dan pemanduan secara merbahaya melalui perundangan, penguatkuasaan dan pendidikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Selain cadangan mengenakan hukuman yang lebih berat di bawah Seksyen 41 hingga 45 Akta 333 yang berkaitan dengan pemanduan di bawah pengaruh dadah atau alkohol, memandu secara melulu dan berbahaya, MOT juga menyemak semula tahap kandungan alkohol yang dibenarkan dalam nafas, darah serta air kencing.


 

"Ia berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam berdepan isu pemandu mabuk," katanya.

 

Beliau berkata, dalam masa mesyuarat itu, MOT juga akan mengesyorkan larangan kegiatan 'Geng Basikal Lajak' yang membahayakan nyawa masyarakat khususnya remaja.
 

Isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya lain di negara ini tidak berkesudahan sehingga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan akta itu dipinda bagi membolehkan hukuman berat dilaksanakan ke atas pesalah.

 

Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

 

Berdasarkan statistik polis, dari Januari sehingga Mei, sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk direkodkan dan lapan daripadanya menyebabkan mangsa meninggal dunia.

 

Antara yang terbunuh akibat pemandu mabuk adalah seorang anggota polis yang sedang bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.
 

 

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…