Pemandu mabuk bunuh penunggang motosikal di Kajang

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemandu mabuk telah melanggar sebuah motosikal dan menyebabkan penunggang tersebut maut di lokasi kejadian.

Penunggang yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dilanggar oleh sebuah Mercedes-Benz yang dipandu oleh seorang lelaki 41 tahun yang dipercayai mabuk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kereta itu dipercayai dalam perjalanan dari Kajang menghala ke Plaza Tol Lekas sebelum melanggar motosikal Modenas tersebut dari belakang pada jam 1.15 pagi semalam.

Saksi kejadian berkata kereta itu dipandu dalam keadaan zig-zag selepas melepasi plaza tol sebelum melanggar motosikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata ujian alkohol mendapati pemandu mempunyai kandungan alkohol dalam badan melebihi dari paras yang dibenarkan.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


*Laporan lengkap di Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…