Pemandu mabuk berusia 23 tahun rempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh pagar masjid di Jalan Berapit, di sini, awal pagi Ahad.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku pada jam 2.35 pagi .
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, kereta berkenaan dipandu di jalan yang lurus dan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas.

 

"Kereta terbabit kemudian merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit, di Bukit Mertajam.

 

"Pemandu itu dihantar oleh ambulans ke Hospital Bukit Mertajam bagi menerima rawatan lanjut," katanya lagi.

 

Mengulas lanjut Shafee berkata, siasatan awal mendapati lelaki dari Kampung Aston Road itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

 

"Sampel darah pemandu turut diambil dan ujian air kencing didapati negatif daripada pengambilan bahan terlarang.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini,…
Berita Domestik
  Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu…
Berita Domestik
  Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 3.2, Jalan Pantai dari arah Teluk Kemang menghala ke Lukut…