Pemandu lori maut dihempap papan tanda yang dilanggar

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang patah dalam kemalangan di Persiaran Paya Terubong 2, Jalan Relau, di Bayan Baru, pada Rabu.


Mangsa, S. Kumaravelan, 48, tersepit di tempat duduk pemandu selepas ditimpa penghalang besi papan tanda setinggi 2.5 meter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Difahamkan kejadian berlaku selepas lori dipandu mangsa memasuki laluan yang dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja sebelum berlanggar dengan besi penghadang.

 

Akibat perlanggaran itu, besi penghadang terbabit dikatakan tumbang dan menghempap bahagian depan lori.

 

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang , Khairul Anuar Abd Rahim berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang.

 

Sebaik tiba pihak bomba mendapati sebuah lori Nissan telah melanggar papan tanda jalan tersebut.

 

Menurutnya, ketika anggota bomba sampai lelaki itu sudah tidak sedarkan diri dan pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

 

"Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 3.46 petang dan pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

 

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.37 petang,” kata beliau lagi.

 

 

 

NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Informasi
  Papan tanda tersebut dipasang pada gantri yang terletak di setiap 250 meter sebelum persimpangan…
Berita Global
Papan tanda sebesar 1,020 mm X 463 mm dengan perkataan "THINK" (fikir) itu dikelilingi dengan…