Pemandu lori mabuk rempuh pagar balai polis

oleh Penyumbang Rencana|
foto Bhinneka Nusantara
Pagar sebuah balai polis di Grobogan, wilayah Jawa Tengah roboh akibat dirempuh sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mabuk, lapor laman berita Bhinneka Nusantara pada Isnin.

Kejadian berlaku pada pukul 5.15 petang (waktu tempatan) pada Isnin.

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Trafik Polis Grobogan, Inspektor Eko Arie, kejadian bermula apabila lori tersebut dipandu dari arah barat ke timur.

“Setibanya di lokasi, lori berkenaan memotong sebuah lagi lori sebelum ia terbabas dan melanggar kenderaan yang diletakkan di hadapan Balai Polis Tawangharjo,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu, namun kerugian yang dialami dianggarkan mencecah 20 juta rupiah (RM5,200).Jelas Eko, ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu lori terbabit didapati berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu.

 

Bhinneka Nusantara

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, polis turut menerima laporan daripada mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 56 tahun…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di…