Pemandu lori kargo Malaysia sambut baik tawaran vaksinasi COVID-19 Singapura, berharap kesesakan dapat dikurangkan

oleh SALINA JALIL|
Pemandu lori kargo Malaysia yang menghantar barang-barang keperluan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ke Singapura menyambut baik langkah Kerajaan Singapura yang menawarkan vaksinasi COVID-19.


Dengan adanya vaksinasi tersebut, mereka berharap waktu menunggu di pusat pemeriksaan pintu masuk darat dapat disingkatkan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

MOH menyatakan, mereka yang terpilih untuk divaksin akan dimaklumkan menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dan akan dihubungi selepas itu untuk janji temu menjalani vaksinasi di tempat yang ditetapkan di Singapura.

 

Mereka yang tidak menerima vaksin akan terus dibenarkan memasuki negara itu, bergantung kepada langkah pengawalan jangkitan yang dikenakan seperti ujian saringan ketika ketibaan dan langkah pengurusan keselamatan.

 

Pada bulan Januari lalu, beberapa pemandu mengadu bahawa mereka mengalami kelewatan di pusat pemeriksaan pintu masuk darat setelah Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) mengumumkan bahawa ujian antigen COVID-19 akan dilancarkan secara progresif untuk pemandu kargo Malaysia yang menghantar barang keperluan ke Singapura.

 


Dalam kenyataan bersama, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA), Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) mengatakan kelewatan itu disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk "masalah teknikal IT" oleh syarikat penyedia perkhidmatan ujian tersebut.

 

Kebanyakan pemandu lori kargo dari Malaysia juga mengatakan bahawa mereka bersedia menerima tawaran diberikan suntikan vaksin di Singapura kerana giliran mereka sebagai penerima vaksin di Malaysia adalah lebih lama kerana mereka bukan berada dalam golongan barisan hadapan (frontliners).

 

Malaysia memulakan program imunisasi COVID-19 nasional pada 24 Februari. Program ini, yang bertujuan untuk mengimunisasi 80 peratus penduduk pada Februari 2022, dibahagikan kepada tiga fasa.

 

Fasa pertama, yang merangkumi barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan, akan berlangsung dari Februari hingga April.

 

Pada hari Isnin lalu, lebih daripada 165,000 individu telah menerima vaksin pada fasa pertama.


Fasa kedua, yang akan berlangsung dari bulan April hingga Ogos, akan merangkumi warga emas yang berumur di atas 65 tahun dan kumpulan berisiko tinggi yang lain, sementara fasa terakhir, dari bulan Mei hingga Februari tahun depan, disasarkan kepada populasi orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.

 

 

 

ChannelNewsAsia

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai situasi pandemik di kedua-dua negara.   "Kami…
Berita Global
  Peraturan itu juga disifatkan paling ketat pernah dilaksanakan susulan program vaksinasi Covid-…
Informasi
  Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara…