Pemandu lori harap penguatkuasa tidak terlalu remeh pada waktu PKP

oleh HEZERI SAMSURI|
Penasihat Gabungan Persatuan Pemandu Pengangkutan Darat Malaysia (GPPPDM), Hairi Md Ali atau Along berkata pihak penguatkuasa tidak perlu terlalu remeh ketika melakukan operasi sewaktu PKP.

Berkata kepada Careta tempohari, Hairi berkata pemandu-pemandu lori disaman untuk kesalahan-kesalahan yang remeh dan tidak begitu membahayakan pengguna lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Antaranya ialah pemandu lori disaman kerana pemasangan lampu kabus (fog light) dan lampu limpah (flood light). 

Ada ramai di antara kami terpaksa memandu di kawasan berhutan dan sangat gelap untuk menghantar kargo. Lampu-lampu tambahan itu memberikan kami jaringan keselamatan yang lebih besar ketika melalui jalan-jalan tersebut," terang Hairi.

"Kami bukannya menggunakan lampu itu di kawasan padat, dan semasa PKP ini, kebanyakan laluan-laluan persekutuan sangat lengang dan kemungkinan disamun turut tinggi. Penggunaan lampu-lampu itu sangat penting di kawasan-kawasan berisiko tinggi," sambungnya lagi.

"Ada antara kami yang suka menghias trak kerana ia adalah satu hobi dan juga cara mereka mengurangkan tekanan jiwa. Ini bukan benda baharu kerana pemandu trak dan lori di Eropah, Jepund dan Amerika Syarikat juga menghias trak mereka dengan lampu-lampu. Adakah negara-negara itu tidak maju dan tidak boleh digunakan sebagai contoh?"

 

 

Hairi berkata beliau berharap agar pihak penguatkuasa menggunakan budi bicara kerana kebanyakan pemandu lori bergantung kepada sektor perniagaan.

"Semua perniagaan sekarang dalam keadaan goyah dan semua mereka yang bergantung pada industri itu menerima tekanan perasan kerana ia sumber pencarian mereka," Hairi berkata.

"Tekanan dari segi kawalan juga menghimpit kami. Bayangkan kami terpaksa menunggu 10 ke 14 jam untuk menghantar barang masuk ke Singapura. Itu adalah satu tekanan minda yang besar tetapi harus dilakukan untuk mencari pendapatan bagi keluarga," tambahnya sebelum mengakhiri perbualan telefon bersama Careta.

 

 

Baru-baru ini, Careta melaporkan bahawa pemandu trak dan lori dari Malaysia perlu melalui ujian saringan RTK Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke Singapura. 

Ia menyebabkan kesesakan jalan yang tinggi dan lama. 

Wabak Covid-19 menyebabkan banyak sektor ekonomi tergendala dan ia memberikan tekanan pekerja-pekerja yang terbabit.

Kes bunuh diri juga dikatakan meningkat dan pada pendapat Careta, sebarang tindakan yang mampu memudahkan usaha pencarian rezeki memang sepatutnya dialu-alukan sebagai langkah "mesra-rakyat".
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…