Pemandu lori di bawah pengaruh dadah rempuh tiga kenderaan

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Tindakan seorang pemandu lori dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah menyebabkan berlaku kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Sri Bayu, Taman Putra di Ampang, semalam.


Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berusia 39 tahun yang memandu lori muatan pasir seberat 22 tan dalam perjalanan dari arah Hulu Langat ke Ampang.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika mahu berhenti di persimpangan lampu isyarat dipercayai hilang fungsi brek lalu melanggar dua kereta dan sebuah motosikal yang diparkir di rumah kedai Sri Bayu.

 

"Kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa kepada orang awam serta pemandu terbabit, hanya kenderaan alami kerosakan.

"Berikutan kejadian, pemandu lori dibawa ke Balai Trafik Ampang Jaya untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan.

 

Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu lori positif methamphetamine.

 

Tambah beliau, semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

 

Katanya, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Beliau meminta saksi bebas tampil menyalurkan maklumat mengenai kejadian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ampang Jaya, Inspektor Navine Gunasegaran di talian 012-6436327.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Undang-undang kita yang sedia ada cukup tegas bukan saja bawah Akta Pengangkutan Jalan tapi juga…
Berita Domestik
Merujuk kepada laporan bertajuk 'Pemandu terus buntu, JPJ masih sita lori walau kompaun sudah…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut…