PEMANDU KERETA MEWAH JENIS AUDI MAUT KEMALANGAN LANGGAR LORI AYAM

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEORANG pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lmaut manakala dua cedera selepas sebuah kereta mewah jenis Audi terbabas lalu terlanggar sebuah lari ayam di Kilometer 178.5 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Selatan dekat Bagan Serai, Perak hari ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mangsa, Muhammad Aiman Mazman, 26 tahun yang beralamat di Gombak, Kuala Lumpur mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.15 petang.

“Siasatan  lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta terbabit yang datang dari arah Sungai Petani, Kedah menghala ke Kuala Lumpur terbabas dan melanggar pembahagi lebuhraya di sebelah kanan.

“Kereta tersebut berpusing dan terbabas ke lorong kiri lalu melanggar lori ayam di bahagian belakang sebelah kiri,” katanya.
 

keadaan para petugas mengeluarkan mangsa drp kenderaan


Menurut Superintendan Mazuki, akibat daripada perlanggaran tersebut, pelajar lelaki terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

Katanya, penumpang kereta yang juga seorang pelajar IPTS mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala pemandu lori ayam terbabit pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa yang meninggal dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…