Pemandu Honda Civic himpit kereta depan untuk elak bayar tol (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
Kalau mampu membeli kereta sudah pasti mampu membayar tol! Tetapi lain pula jadinya apabila ada 'spesis' yang masih mencari jalan untuk mengelak dari membayar tol!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Perkongsian video yang tular di TikTok dari pengguna @nhm0312 jelas menunjukkan perbuatan seorang pemandu Honda Civic yang tiba-tiba bertindak mengundurkan kenderaannya apabila sampai di lorong tol di Plaza Tol MEX Salak Selatan pada jam 9.40 malam pada 10 Oktober 2022.

 

Pengguna @nhm0312 beranggapan bahawa pemandu Civic tersebut berkemungkinan terpaksa menukar lorong dari Touch & Go ke RFID tetapi lain pula tindakan yang diambil apabila pemandu Civic tersebut apabila mengekori rapat di belakang kenderaannya.


Jelas kelihatan di video bahawa pemandu Civic tersebut bertindak untuk mengelak dari membayar tol dan telah berjaya!

 

Dari rakaman video tersebut juga, jelas kelihatan nombor pendaftaran kenderaan tersebut dan perakam juga sempat menyebut dengan jelas nombor plat Civic tersebut.

 

Yang pasti tindakan pemandu itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah juga memalukan.

 

Setakat ini video tersebut telah ditonton lebih 36,000 kali dengan 128 perkongsian.

 

Video di bawah:

 

 

 

- Kami di Careta berharap pihak Maju Expressway akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu Civic ini  sebagai pengajaran kepada mereka yang mengelat membayar tol. Bukti yang nyata telah berada di depan mata -

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…
Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…