Pemandu Hilux maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Niat murni seorang pemuda memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan di Kilometer 18.8 Jalan Sungai Rengit- Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi bertukar tragedi apabila dia maut dilanggar kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 5.20 petang Khamis.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Menurut beliau, pada awalnya berlaku kemalangan membabitkan Perodua Axia dipandu lelaki tempatan berumur 33 tahun yang dalam perjalanan dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi disyaki terbabas sendiri.

"Apabila melihat kemalangan itu, seorang lelaki tempatan yang memandu Toyota Hilux dari arah bertentangan memberhentikan kenderaan dan membantu mangsa.

"Ketika mangsa berusia 35 tahun itu sedang membantu tiba-tiba datang Mitsubishi Triton dipandu lelaki tempatan berumur 27 tahun bersama dua penumpang berumur 26 dan 27 tahun dari arah Sungai Rengit melanggar mangsa yang berada berhampiran dengan Perodua Axia itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelas Husin, pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan di bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi, nakala pemandu serta penumpang Mitsubishi Triton turut mengalami kecederaan di bahagian anggota badan dan menerima rawatan di hospital sama.

“Sementara pemandu Perodua Axia hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital swasta di Pasir Gudang,” katanya.

Ujar beliau, punca kemalangan masih dalam siasatan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagaimanapun, katanya, kereta berkenaan adalah milik abang kepada pemandu terbabit. “Pemandu…
Berita Domestik
Kelihatan beberapa anggota polis di tepi bulatan terbabit dipercayai bagi mengawal keadaan dan…
Berita Domestik
Kesilapan itu menyebabkan kereta jenis Perodua Axia dipandunya terbabas sebelum merempuh lot kedai…