Pemandu Hilux mabuk, langgar penjaja di Bukit Sentosa tidak mengaku salah!

oleh SALINA JALIL|
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pagi tadi atas kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk di Pasar Ramadan pekan Bukit Sentosa, pada 22 Mei lalu.


Tertuduh Kang Ming Han, 32 membuat pengakuan itu di hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohdammed Redza dan mohon dibicarakan setelah pertuduhannya dibacakan oleh jurubahasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mengikut pertuduhan kes, dia didakwa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkannya gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar sebuah kenderaan Ford dan mencederakan pemandu Farina Hazlin Shaiful Azmi, 28 dan penumpangnya Yusanisah Mohamed Jais 42.

 

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dituduh melakukan kesalahan itu pada 22 Mei 2020 sekitar 6.30 petang di Jalan Cempaka, Pekan Bukit Sentosa di hadapan Balai Bomba Bukit Sentosa.

 

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan didenda maksimum RM20,000.

 

Nurul Mardiah bagaimanapun membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai tarikh sebutan semula kes.

 

Sebelum ini tertuduh pernah didakwa di mahkamah yang sama membabitkan dua pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis pada 29 Mei lalu.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at,…