Pemandu Hilux mabuk langgar 7 kenderaan, larikan kereta mangsa

oleh SALINA JALIL|
Bukan saja langgar tujuh kereta di beberapa lokasi berbeza, pemandu sebuah pacuan empat roda yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol turut melarikan sebuah kereta yang dilanggarnya sebelum ditahan polis pada malam tadi (Isnin).


Ketua Polis Daerah Kulai Superitendan Tok Beng Yeow berkata, anggota unit kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sedang melakukan rondaan sebelum menerima maklumat berkaitan seorang lelaki memandu kereta secara berbahaya dan merempuh beberapa kenderaan pada 7.30 malam.


Menurutnya, polis kemudiannya berjaya menahan lelaki warga tempatan berusia 38 tahun itu dan dibawa ke IPD Kulai untuk tindakan lanjut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memandu Toyota Hilux dari arah Johor Premium Outlet (JPO), Jalan Persiaran Indahpura bertindak merempuh lima kereta.

 

"Suspek kemudiannya memandu ke arah Lebuhraya Linkedua dan memasuki Lebuhraya Johor Bahru-Air Hitam sebelum merempuh bahagian belakang dua kereta.

 

"Selepas itu suspek berhenti di tetapi jalan sebelum bertindak melarikan sebuah Perodua Axia yang dirempuhnya dan menuju ke arah stesen minyak Petronas Saleng, Kulai.

 

"Tiada sebarang kecederaan dialami oleh suspek atau mangsa dalam kejadian itu.

 

"Ujian hembusan nafas dijalankan ke atasnya adalah positif alkohol, manakala hasil ujian saringan awal air kencing mendapatinya negatif dadah," katanya.

 

Beng Yeow berkata, Mahkamah Majistret Kulai membenarkan suspek direman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Khamis.

 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun dan denda.

 

"Polis juga menjalankan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

 

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 454 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) dan disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…