Pemandu guna selipar didenda RM28,999

oleh SALINA JALIL|
Gambar hiasan
Pemandu di Britain berdepan hukuman denda maksimum £5,000 (RM28,999) jika mereka didapati memandu secara cuai yang disebabkan oleh pemakaian selipar, lapor akhbar The Sun kelmarin.



Di bawah Undang-Undang 97 Kod Lebuh Raya, pemandu dinasihatkan untuk memakai kasut dan pakaian yang tidak mengganggu kawalan pemanduan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Jika mereka menggunakan selipar, ia dikhuatiri mudah tercabut daripada  kaki dan terjatuh di bawah pedal, sekali gus menghalang pemandu untuk menekan pedal minyak atau  mengakibatkan situasi brek secara mengejut.

 

Keadaan ini seterusnya akan membawa kepada keadaan pemanduan  cuai yang boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

 

Selain itu, di bawah undang-undang sama, sekiranya pemandu ditahan oleh polis ketika memandu secara cuai atau kecuaian yang disebabkan oleh pemakaian kasut yang tidak sesuai, mereka juga boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut.


 

Kesalahan itu membolehkan pemandu dikenakan denda serta-merta berjumlah £100 (RM580) atau tiga mata penalti bagi lesen memandu.

 

Bagi kes yang lebih serius atau pemandu yang dihadapkan ke mahkamah, mereka berdepan  denda maksimum £5,000 (RM28,999), penalti sehingga sembilan mata dan larangan memandu.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pemandu terbabit menerima saman masing-masing selepas kenderaan yang dipandunya tiba di Terminal…