Pemandu Grab dipercayai dibunuh

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemandu Grab berusia 27 tahun ditemui maut dan dipercayai dibunuh di dalam Perodua Myvi miliknya di Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak semalam.

Mangsa ditemui pada jam 8.20 malam dalam keadaan terlingkup di atas lantai tempat duduk belakang kenderaan itu.

Menurut laporan Harian Metro dan juga media sosial, pihak keluarga sudah mula mencari lokasi mangsa sebelum itu. 

Bapa tiri mangsa kemudian memaklumkan kepada pihak polis untuk membuat pemeriksaan di dalam kenderaan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan ketara ditemui pada badan mangsa tetapi ada kesan melecet pada lehernya.

"Tiada senjata ditemui di lokasi dan tiada kamera CCTV di sepanjang jalan masuk ke tempat itu," ujar Tey.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Untuk pemandu-pemandu Grab di sana, risiko anda sebenarnya sama dengan pemandu teksi. Harap berhati-hati. 
 

 

 

 

 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Di bawah perjanjian ini, Grab dan Hyundai Motor Group akan membawa bersama pemegang kepentingan di…
Berita Domestik
Beliau berkata lagi, kerajaan tidak mempunyai hasrat untuk menghapuskan servis e-hailing oleh…
Berita Global
Antara pelabur lain ialah Toyota Motor Corp (US$1 billion) dan Vulcan Capital, milik pengasas…