“Siasatan mendapati pemandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu tidak memberi perhatian terhadap papan tanda had ketinggian sebelum melanggar bahagian atas terowong.
“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat lalu lintas.