Bertemakan ‘Success on the Fast Lane’, acara itu sebahagian daripada usaha PETRONAS Lubricants International untuk memberi inspirasi kepada bakal pemimpin generasi akan datang dengan pandangan serta pengalaman dunia sebenar bermatlamat untuk melahirkan graduan yang bersedia untuk menghadapi masa hadapan.
Dewan 360 di pusat tersebut telah dipenuhi oleh lebih 200 orang pelajar dari dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Teknologi MARA, Taylor’s University dan Sunway University.
Walaupun akan berangkat ke Melbourne esok bagi kejuaraan Australian GP hujung minggu ini, George Russel sempat untuk berkongsi beberapa kisah perjalanan kariernya sebagai seorang pelumba.
Dalam acara yang agak singkat itu, George Russel berkata, “Mengejar apa yang dicita-citakan memerlukan keberanian dan ketahanan. Namun, anda perlu sentiasa ingat apa yang anda inginkan dan kekal berusaha untuk mencapainya."
"Kita juga perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Sikap ini bukan sahaja perlu diamalkan di litar di mana keadaan perlumbaan boleh berubah dengan pantas, malah perlu diterapkan dalam kehidupan kita.”
“Saya amat teruja dapat berkongsi pengalaman hidup dan pengajaran yang telah saya peroleh, dan berharap mereka mendapat inspirasi dalam mengejar cita-cita mereka.”

‘Success on the Fast Lane’ merupakan lanjutan kepada siri program yang dimulakan oleh PETRONAS Lubricants International pada tahun 2021 yang bertajuk ‘Shaping Industry-ready Graduates’.
Siri ini diilhamkan sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk melahirkan graduan yang bersedia untuk menyertai industri automotif.
Pada tahun 2021, program ini membawakan para profesional terkemuka dalam bidang automotif dengan pengalaman yang relevan untuk melengkapkan para pekerja profesional generasi akan datang dengan gambaran sebenar industri tersebut.
Acara pada kali ini, ‘Success on the Fast Lane’ adalah khusus untuk para pelajar dalam pelbagai industri yang berkaitan.

PETRONAS merupakan Penaja Utama dan Rakan Teknikal Pasukan Formula 1 Mercedes-AMG PETRONAS, menyediakan bendalir dan bahan api yang direka khas, bahan api PETRONAS Primax, minyak enjin Syntium dan bendalir fungsi Tutela yang menjana kuasa kepada kereta Formula 1.
Sebagai usaha untuk memaksimumkan kecekapan dan prestasi, teknologi pelincir ini digunakan oleh PETRONAS Fluid Technology Solutions™ yang memberi kuasa kepada Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS untuk memenangi lapan gelaran Kejuaraan Pembina dan tujuh kemenangan Kejuaraan Pemandu F1.