Pemandu e-hailing wajib daftar lesen PSV - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu yang berdaftar dengan aplikasi ride-hailing atau e-hailing perlu mendaftar lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) bermula Januari tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kesemua pemandu diberikan tempoh sehingga 12 Julai 2019 bagi memperoleh lesen PSV masing-masing.

"Peraturan (berkenaan) e-hailing telah digazetkan, dan setelah 12 Julai 2019, kita kan memulakan penguatkuasaan peraturan baharu di mana setiap pemandu e-hailing perlu mempunyai lesen PSV, lengkap dengan perlindungan insurans

"Mana-mana kenderaan yang melebihi tempoh tiga tahun akan diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan," ujar beliau kepada pemberita di lobi Parlimen. 
 

Anthony Loke turut mengingatkan kepada para pemandu aplikasi e-hailing supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mendaftarkan lesen PSV mereka.

Pendaftaran baharu kepada mana-mana syarikat pengendali yang mahu menawarkan perkhidmatan e-hailing masih lagi dibuka sehingga Julai tahun hadapan.

"(Pendaftaran) ini terbuka kepada mana-mana syarikat, kita tidak mahu monopoli pasaran kepada satu syarikat semata-mata.

"Lebih banyak syarikat pemain di dalam pasaran, ia bakal memberikan persaingan yang lebih sihat, sekaligus memanfaatkan para pengguna," jelas beliau.

Terdahulu, Anthony Loke telah membuat perjumpaan bersama Datuk Shamsubahrin Ismail dari Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd bagi membincangkan perkara yang berbangkit - BERNAMA.