Pegawai Penguatkuasa yang bertugas telah melihat sebuah kereta yang mencurigakan dan meminta penumpang kereta tersebut untuk keluar. Kejutan pertama adalah terdapat 11 penumpang di bahagian tempat duduk belakang termasuk seorang wanita dan seorang anak dan lima orang lelaki dalam bahagian boot.
Persoalannya sekarang, bagaimana mereka berjaya menyembunyikan diri?

Walaupun ia scenario yang kelihatan lucu tetapi pihak polis dijangka memanggil pemandu dan penumpang kerana mereka telah mempertaruhkan keselamatan masing-masing!
JP Smith, ahli jawatankuasa untuk bahagian keselamatan dan perkhidmatan sosial di Afrika Selatan telah menyifatkan kejadian seperti ini sebagai "benar-benar mengejutkan" dan tidak boleh diterima. Dalam sesi wawancara, beliau berkata:
"Walaupun saya memahami bahawa terdapat tekanan yang besar terhadap sistem pengangkutan awam dan bagaimana orang ramai bergantung kepadanya sebagai pengangkutan awam tetapi tidak ada alasan untuk tingkah laku ini. Saya tidak sanggup memikirkan sekiranya kenderaan ini terlibat dalam kemalangan. Saya menyeru pemilik dan persatuan teksi menangani sikap dan masalah ini."
Video sepenuhnya disertakan di sini:
*artikel dan video dari www.celebmagazine.net