Pemandu dan penumpang Honda Jazz maut dirempuh Mercedes-Benz lawan arus

oleh Penyumbang Rencana|
Dua remaja maut selepas Honda Jazz dinaiki dirempuh Mercedes-Benz yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 6.4 Jalan Ismail Sultan di Iskandar Puteri, awal pagi Khamis.

Kejadian pada jam 4.20 pagi itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda Jazz dikenali sebagai Giggs Tan Ka Qing dan Ong Wan Ling masing-masing berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemandu Mercedes-Benz memandu melawan arus sebelum melanggar Honda Jazz berkenaan.

"Akibatnya pemandu dan penumpang Honda Jazz maut.

"Polis mengambil sampel darah pemandu Mercedes-Benz berusia 30 tahun bagi ujian kandungan alkohol atau dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 " katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Hairulnizam Mohd Noh berkata, seramai 20 anggota dengan dua jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Larkin dihantar ke tempat kejadian.

"Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki dan wanita dalam Honda Jazz maut manakala seorang lagi lelaki dalam Mercedes-Benz cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan…
Berita Domestik
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa peringkat…
Berita Domestik
"Kita sebenarnya dalam siasatan lagi dan sedang mencari dia (pemandu), (dipercayai) bukanlah…