Pemandu cuai bakal dikenakan hukuman yang lebih berat di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Pengguna jalanraya Singapura bakal berdepan dengan hukuman yang lebih tegas di bawah Akta Jalanraya yang diluluskan di Parlimen, minggu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai contoh, pesalah kali pertama yang disabitkan kesalahan mengakibatkan kematian akibat pemanduan yang berbahaya boleh dikenakan hukuman sehingga lapan tahun penjara - tiga tahun tambahan berbanding hukuman maksimum sedia ada. 

Manakala kesalahan serius dan berulang juga boleh menyebabkan lesen memandu diganting serta merta, menurut Josephine Teo, Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri. 

"Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat kini menjadi keutamaan kerana pemanduan yang tidak bertanggungjawab masih lagi menjadi kebimbangan besar dan kesan yang sangat serius (seperti kematian).

"Penguatkuasaan, pendidikan dan infrastruktur keselamatan jalan raya sewajarnya perlu dinaiktaraf, akan tetapi kita juga perlu mencegah daripada kejadian tersebut berulang kembali. 
 


Menteri itu juga turut memetik pelaksanaan undang-undang yang dibuat di Britain dan Hong Kong di mana kesalahan yang menyebabkan kematian masing-masing menerima hukuman penjara maksimum 14 tahun dan 10 tahun penjara. 

Tempoh hukuman juga kini bergantung kepada tahap bahaya yang diakibatkan, sebagai contoh, kesalahan berulang yang menyebabkan kematian akan dihukum penjara sehingga 15 tahun maksimum, berbanding lima tahun mengikut undang-undang sedia ada. 

Tidak dilupakan, kesalahan memandu di bawah pengaruh bahan terlarang yang menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada kemalangan serius di Singapura. 

Jika disabitkan kesalahan yang melibatkan kematian, pesalah akan dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan hilang kelayakan memandu minimum sekurang-kurangnya 12 tahun!

Sumber: Straits Times Singapore, Ministry of Home Affairs

Berita Berkenaan

Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…
Berita Global
Ia adalah salah satu usaha untuk mengurangkan kesesakan di sempadan dengan Malaysia yang turut…
Berita Global
Arkitek, Sze Chong, 64, berkata beliau berbasikal lebih daripada 12 kilometer (km) dari rumahnya di…