Bagaimanapun, penunggang motosikal jenis Yamaha iaitu lelaki yang berusia 24 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.07 pagi Rabu.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru diketuai Komander Operasi Mohamad Hirman Mat Rodzi.
“Terdapat dua mangsa iaitu pemandu kereta dan penunggang motosikal dan pasukan bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan mangsa.
“Mangsa penunggang motosikal mengalami kecederaan parah manakala pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Video tular di bawah: