Pemandu BMW diserang sawan, 9 kenderaan dirempuh, enam cedera (video di artikel)

oleh SALINA JALIL|
Enam cedera termasuk seorang wanita patah hidung dalam nahas melibatkan 10 buah kenderaan dirempuh pemandu BMW yang dipercayai diserang sawan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh di Melaka malam tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan [email protected] Zaki Omar berkata, dalam kejadian pukul 9.14 malam itu, semua mangsa ketika itu menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya.

 

Siasatan awal mendapati ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau, sebuah BMW dipandu lelaki berusia 38 tahun yang turut berhenti tiba-tiba diserang sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak.

 

“Ia menyebabkan kenderaannya meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang sedang berhenti di hadapannya. Pemandu berkenaan kemudian sekali lagi diserang penyakit itu menyebabkan berlaku rempuhan kedua.

 

“Ini menjadikan keseluruhan sembilan kenderaan terlibat mencederakan enam pemandu serta penumpang, selain pemandu BMW turut mengalami luka-luka,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

 

Tambah Amran, sembilan kenderaan lain yang dirempuh adalah dua buah Perodua Myvi, Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.

 

 

“Nahas mengakibatkan enam mangsa iaitu pemandu dan penumpang berusia antara 20 hingga 73 tahun yang cedera ringan termasuk pemandu Perodua Kenari wanita berusia 20 tahun mengalami patah hidung.

 

“Kesemua mangsa menerima rawatan di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

acc

 

 

Video dibawah ini:

 

https://youtube.com/shorts/XenIzU7rif4?feature=share

 

 

– MalaysiaGazette.