Pemandu BMW 320i (dibawah paras alkohol yang dibenarkan) terbabas , rempuh rumah

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki gagal mengawal keretanya lalu merempuh dinding hadapan sebuah rumah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani kira-kira jam 2.15 pagi tadi (Selasa).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat, lelaki berusia 65 tahun yang memandu kereta jenis BMW 320i itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh dinding rumah berkenaan.



Bagaimanapun, katanya, kejadian tidak membabitkan kecederaan.



Jelas Shamsudin, pemandu terbabit didapati mengambil minuman keras, namun kandungan alkohol berada pada paras dibenarkan memandu.

 

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

 

bmw driver
 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…