Pemandu bas tidak berhemah! Makan serta tonton video sambil memandu!

oleh SALINA JALIL|
Sering kali kami di Careta sentiasa 'membebel' tentang isu keselamatan. Pesanan demi pesanan kami sampaikan agar kita sebagai pengguna jalan raya yang sentiasa berkongsi dengan para pengguna jalan raya yang lain selamat sampai ke destinasi.


Di zaman yang serba serbi di hujung jari anda, kecuaian serta sikap 'tidak acuh' ini adalah satu penyakit yang perlu dibenteras, lebih-lebih lagi ia melibatkan bukan sahaja nyawa pemandu tetapi para penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Modenas

 

Apabila para admin Careta melihat video di facebook Benedict Ho, kami terkedu melihat sikap pemandu tersebut! Keselamatan penumpang ke laut dengan aksi makan serta menonton video di talipon pintar beliau tanpa 'segan silu'.

 

Benedict telah menaiki bas tersebut dari Melaka ke Johor Bahru dan sempat merakam video yang berdurasi selama enam saat sikap kecuaian pemandu tersebut pada 5 Februari. Benedict turut memuatnaik salinan resit pembelian tiket bas ekspress sebagai bukti bahawa beliau sememangnya telah menaiki bas tersebut.

 

Disamping kesalahan tersebut, pemandu bas tersebut juga tidak memakai tali pinggang keledar serta memakai selipar sahaja. 

 

Rakaman video tersebut di sini: 

 

Semasa musim perayaan, pihak JPJ sentiasa membuat pantauan serta menyamar sebagai penumpang, sudah sampai masanya 'penyamaran' tersebut diteruskan serta mengambil tindakan tegas ke atas kecuaian pemandu-pemandu yang merbahayakan banyak nyawa di jalan raya!

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Seorang pengguna, Juliana Supajam, 21, yang berasal dari Kampung Alor Lintah, Jerteh berkata dia…
Berita Domestik
  Wakil mereka, Rosmala Mansor, 49, berkata mogok itu akan diadakan dalam masa terdekat di…
Berita Domestik
  Pengguna, Shamsinar Yahya, 70, dari Pengkalan Chepa berkata, dia datang ke Kota Bharu dengan…