Pemandu bas Jepun tunjuk perasaan dengan beri tambang percuma kepada pelanggan

oleh Mohamad Hanif|
Jepun sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggi ditunjukkan ketika berada di atas jalan raya.

Namun begitu, cara protes yang ditunjukkan oleh sekumpulan pemandu bas syarikat Ryobi di Okayama ini sememangnya agak berbudi bahasa.

Cerita di sebalik protes ini bermula pada 27 April apabila sebuah syarikat bas baru bernama Megurin telah mula beroperasi.

Namun begitu, didapati sebahagian daripada laluan operasi Megurin ini bertindih dengan sebahagian laluan bas yang dioperasikan oleh syarikat Ryobi. 

Di samping menawarkan tambang yang lebih murah berbanding pesaingnya Ryobi, Megurin juga turut menyediakan bas yang agak comel bagi menarik perhatian pelanggan. 

Tidak berpuas hati dengan perkembangan tersebut, para pemandu bas Ryobi mengadu hal tersebut ke pihak atasan oleh kerana pendapatan mereka terjejas disebabkan penambahan operasi oleh syarikat pesaing terhadap laluan yang sama. 

Namun, permintaan mereka tidak dilayan.

Sebagai tanda protes terhadap layanan pihak pengurusan terhadap hal itu, para pemandu bas menjalankan tunjuk perasaan mereka dengan cara menolak bayaran daripada pelanggan ketika menggunakan khidmat mereka. 
 


Menurut satu gambar yang dikongsikan oleh pembaca di sana, kelihatan pemandu bas Ryobi membungkus mesin bayaran di dalam bas mereka sebagai tanda protes. 

Hal ini menunjukkan para pemandu bas di Jepun masih lagi berdedikasi ketika menjalankan tugas yang telah ditetapkan, dan memprotes tindakan majikan dengan cara yang masih berbudi bahasa. 

Berlainan dengan apa yang kita ada, tidak begitu?

Sumber: Japan Today

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengurus Besar Kanan Anih, Radzimah Mohd. Radzi berkata, surat penamatan kontrak itu dihantar…
Berita Domestik
Difahamkan semua suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat…
Berita Global
Punca disebalik kemalangan ini hanyalah disebabkan pertengkaran di antara pemandu dan seorang…