Pemandu bas ekspres dengan saman belum berbayar tidak dibenarkan memandu Hari Raya ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata semalam pemandu dan operator bas ekspres yang mempunyai saman-saman tertunggak tidak akan dibenarkan memandu atau beroperasi musim perayaan ini.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Kebangsaan dan Ops Bersepadu sempena Aidilfitri 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"JPJ dan Agensi Dadah Kebangsaan telah mengadakan pemeriksaan di kebanyak stesen bas seminggu sebelum Ops Bersepadu ini dilancarkan secara rasmi," ujar Siew Fook.

"Pemandu bas ekspres yang bertugas perlu bebas saman dan tidak mempunyai masalah disiplin kerana ia memberi kesan kepada keselamatan penumpang, " terangnya.

Antara agensi yang terlibat dengan kempen keselamatan tahun ini ialah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, JPJ, polis, MIROS, Pertahanan Awam, bomba dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…