Pemandu bas ditahan, positif dadah, 51 rekod saman kesalahan trafik termasuk lima waran tangkap

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Padah kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain, seorang pemandu bas ditahan di hadapan Balai Polis Sungai Karangan di Kulim, pada hari Ahad.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, perbuatan pemandu bas itu dirakam kamera yang dipasang dalam kenderaan orang awam yang mengekorinya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, perlakuan pemandu bas terbabit pada mulanya dikesan memandu tanpa arah dengan melanggar lampu isyarat merah di Simpang Tiga, Batu Lapan, Lunas dan seterusnya memandu laju secara gopoh melalui pekan Padang Serai.

 

“Pemandu itu turut melanggar cermin sisi sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan langsung tidak memberhentikan bas dan meneruskan perjalanan dengan memandu secara melulu.

 

"Orang awam yang mengekorinya berjaya memberhentikan bas dipandu lelaki terbabit ketika berada di hadapan Balai Polis Sungai Karangan," katanya menerusia satu kenyataan.

 

Sazlee berkata, lelaki berusia 44 tahun itu berjaya ditahan.

 

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine.

 

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai 51 rekod saman kesalahan trafik termasuk lima waran tangkap.

 

Suspek juga turut dikehendaki polis kerana tidak hadir ke mahkamah kerana satu kes pertuduhan dadah terhadapnya pada 2019 lalu.

 

Sazalee memaklumkan, siasatan lanjut mendapati suspek yang berasal dari Taiping, Perak itu sudah bekerja di syarikat bas terbabit sejak lebih dua tahun lalu dan memiliki lesen memandu sah.

 

Jelas beliau, bas yang dipandu suspek adalah bas tambang henti-henti bagi laluan Sungai Petani ke Baling.

 

Suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun…
Berita Global
Insiden yang berlaku di Guci, Slawi, Jawa Tengah itu dilapor meragut satu nyawa, sementara puluhan…
Berita Domestik
  Menurutnya, kaedah berkenaan dilaksanakan bagi memantau kelakuan pemandu dan kesalahan yang…