Pemandu bas digantung tugas selepas memandu secara bahaya

oleh Firdaus Razani|
Seorang pemandu bas yang tular baru-baru ini di media sosial kerana memandu secara berbahaya di Lebuhraya Timur-Barat dekat Gerik, Perak sudah pun digantung tugas.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Pengerusi Konsurtium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, pemandu berusia 36 tahun itu digantung tugas semalam selepas pihaknya menyiasat video tular itu.

"Pemandu berkenaan sudah bekerja dengan syarikat sejak dua tahun lalu dan hari ini kita sudah memberi surat kepada pemandu berkenaan untuk membuat penjelasan berhubung tindakannya itu.

"Saya akui sangat terkejut melihat video tular itu kerana ia membahayakan penumpang. Saya juga berterima kasih kepada pemandu lori berkenaan yang bertolak ansur bagi mengelak berlakunya kemalangan.

"Difahamkan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik sudah memanggil pemandu berkenaan untuk merakam percakapan dan kita serahkan pihak polis untuk menyiasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tegasnya, Konsortium E-Mutiara tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu yang bertindak sedemikian dan tindakan tegas akan diambil termasuk pecat.

"Kita sentiasa mengadakan taklimat bersama pemandu dan sentiasa menitik beratkan aspek memandu secara berhemah kerana membabitkan nyawa orang ramai.

"Pelbagai cara sudah dibuat oleh syarikat bagi memastikan aspek keselamatan diberi keutamaan, namun masih ada pemandu yang cuai dan memandu berbahaya," katanya yang mengalu-alukan orang ramai merakam video untuk memantau cara pemanduan pemandu basnya.

Terdahulu, tular video di TikTok yang memperlihatkan sebuah bas ekspres memotong lori di hadapannya dalam keadaan berbahaya di laluan garisan berkembar.

 

SUMBER : Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kematian Muhammad…
Informasi
"Kami berharap pelancaran tren dan bas Mechamato ini akan menggalakkan generasi muda serta keluarga…
Informasi
"Pada awal tahun ini, laluan yang telah dikenakan caj RM1 meliputi laluan 1 (hijau), 2 (ungu), 3 (…