Pemandu bas Cityliner mogok akibat tidak dibayar gaji!

oleh SALINA JALIL|
Lebih 100 pemandu bas henti-henti Cityliner di Kelantan mengadakan mogok bermula hari ini (17 Disember) akibat tidak dibayar gaji,

Mereka sepakat mengadakan mogok menyebabkan operasi bas dari daerah ke daerah lumpuh dan menyebabkan penumpang terpaksa mengambil inisiatif lain termasuk menaiki kereta sewa.

Tinjauan di Stesen Bas Kota Bharu mendapati suasana lengang dan kawasan parkir bas kosong. Hanya perkhidmatan kereta sewa yang berjalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengguna, Shamsinar Yahya, 70, dari Pengkalan Chepa berkata, dia datang ke Kota Bharu dengan adiknya pagi tadi untuk membeli barang.

 

Katanya, kebiasaannya dia akan pulang ke rumahnya menaiki bas dengan tambang RM2, tetapi hari ini bas henti-henti tidak beroperasi.

 

“Saya terpaksa menghubungi anak saudara untuk pulang ke rumah kerana jika menaiki kereta sewa saya perlu tambang RM15. Perbezaan tambang amat ketara dan sebelum ini ramai penumpang memilih untuk menaiki bas.

 

“Saya dan pengguna lain berharap pemandu bas tidak membuat mogok berpanjangan kerana akan menyukarkan kami untuk ke bandar bagi membeli keperluan harian,” katanya ketika ditemui di Stesen Bas Kota Bharu, hari ini.

 

Sementara itu, pekerja Stesen Bas Kota Bharu yang enggan dikenali berkata, semua pemandu bas membuat mogok menyebabkan perkhidmatan itu lumpuh.

 

Katanya, dia difahamkan pemandu bas mogok bermula jam 6 pagi tadi dan dipercayai tidak mendapat gaji sejak dua bulan lalu.

 

“Saya tidak tahu berapa hari mereka (pemandu bas) akan mogok kerana hanya mengetahui perkara ini pagi tadi. Pemandu bas (mogok) hanya membabitkan bas henti-henti saja, bas ekspres beroperasi seperti biasa,” katanya.

 

 

 

Sumber: Harian Metro