Menurut beliau kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Audi TT yang dari arah Jalan Dato’ Sulaiman merempuh kereta Proton Persona dari arah Jalan Harimau.
Akibat perlanggaran itu, kereta Audi TT terbabit hilang kawalan dan terlanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelah kiri.
Katanya, dalam kejadian berkenaan kesemua pemandu tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu Audi TT masih belum membuat laporan. Polis menyeru agar pemandu terbabit hadir ke bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah kaedah 10 ln 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Hasrin Abd Rahman di talian 019-7767756," menurutnya lagi.