Pemandu Alza ditahan, tumbuk muka pemandu Estima di SKVE

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Seorang lelaki ditahan selepas menumbuk seorang pemandu kereta di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Sepang, pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi.

"Seorang lelaki berusia 22 tahun mendakwa dihimpit sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza ketika melalui lebuh raya tersebut dari arah Kajang ke Bangi, pada jam 10.25 pagi.

"Pengadu yang memandu Toyota Estima telah memberhentikan kenderaannya sebelum didatangi suspek yang bertindak agresif dengan menumbuk cermin belakang kereta dan muka mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Shan Gopal berkata, akibat kejadian itu, pengadu mengalami kesakitan di bahagian muka dan telah mendapatkan rawatan di hospital.

"Video tular berdurasi satu minit 15 saat itu turut dirakam kamera papan pemuka kereta mangsa," katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan pada jam 12.30 tengah malam Sabtu.

Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kesalahan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 akta sama.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, siasatan awal mendapati kemalangan…
Berita Domestik
Menurutnya, penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987…
Berita Domestik
Polis telah berjaya mengesan dan menahan pemandu lelaki tersebut yang memandu secara melulu…