Pemandu Alphard guna siren untuk elak kesesakan! (video dibawah)

oleh SALINA JALIL|
Tular di media sosial rakaman memaparkan tindakan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard membunyikan siren bagi mendapatkan laluan ketika sedang berlaku kesesakan di jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Video tersebut dikongsikan oleh portal Malaysia Most Viral di Twitter pagi tadi dan lokasi kejadian masih tidak dapat dipastikan.

 

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah tindakan pemandu tersebut telah menyusahkan pengguna jalan raya lain dan menjadi persoalan juga apabila kenderaan terbabit turut memasang lampu strob berwarna biru secara berterusan ketika ingin mendapatkan laluan.

 

Selain itu, menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial, sekiranya kenderaan terbabit milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak kelihatan sebarang logo atau tanda bagi mengesahkan perkara itu.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendakwa ia adalah kenderaan milik orang kenamaan (VIP) kerana golongan tersebut sering menunjukkan ‘lagak’ ketika berada di jalan raya.

 

Video di bawah:

 

 

– Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil pemeriksaan mendapati kenderaan…