Pemalsuan data ujian - lebih 2 juta kenderaan Suzuki dipanggil semula di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

sumber gambar: Nikkei

Entah apa bala yang menimpa kebanyakan para pengeluar Jepun yang selama ini terkenal dengan jenama yang dipercayai, cara kerja yang efisien, berdisiplin serta kerja yang berkualiti tinggi. 

Menurut berita yang dilaporkan oleh AutoIndustriya, kira-kira 2 juta kenderaan terjejas akibat kegagalan untuk melakukan pemeriksaan akhir di Jepun merangkumi data-data seperti penggunaan bahan api, serta pemeriksaan keselamatan. 

Antara 29 buah model yang terjejas termasuklah Spacia, Wagon R, Alto dan Hustler, serta 12 buah model yang dibekalkan oleh Suzuki kepada Nissan Motor Co, Mazda Motor Corp, dan Mitsubishi Motors Corp. 

Secara keseluruhan, insiden ini melibatkan kos berjumlah hampir 80 billion Yen (RM3 billion). 
 


Hal ini disedari apabila pihak pengurusan Suzuki melakukan siasatan dalaman dan menjumpai bukti beberapa ujian brek yang gagal berfungsi, mengubah data penggunaan bahan api dan ujian akhir yang dijalankan oleh staff yang tidak bertauliah. 

Nikkei melaporkan bahawa pihak atasan Suzuki masing-masing akan menerima potongan gaji sebagai pampasan kepada salah laku yang dilakukan oleh pekerja bawahan. 

Sebagai contoh, Pengerusi Osamu Suzuki tidak akan menerima apa-apa bayaran selama 12 bulan bermula Julai ini manakala Presiden Toshihiro akan menerima potongan gaji 50% selama enam bulan. 

Tambahan pula, kedua-dua individu juga akan menyerahkan kembali bonus tahunan 2018 yang diterima kepada Suzuki.
 


Tahun lalu, isu pemalsuan data turut didedahkan melibatkan beberapa syarikat besar Jepun seperti Suzuki (lagi), Yamaha dan Mazda. 

Tidak terhad kepada syarikat pengeluar semata-mata, syarikat berkaitan seperti Kobe Steel, Mitsubishi Materials Corp dan Toray Industries - syarikat pembekal bahan-bahan mentah automotif - turut sama didapati bersalah memalsukan data beberapa tahun lalu. 

Ini merupakan satu tamparan besar kepada industri automotif Jepun yang selama ini terkenal dengan kualiti Jepun yang tahan lasak sebagai salah satu poin jualan unik mereka. 

Sumber: AutoIndustriya, Nikkei

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di…
Berita Domestik
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “Bagi pelanggan yang telah menempah Toyota…
Berita Domestik
Isu tersebut telah menjejaskan 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan Malaysia dan…