Pemalsuan data emisi, pejabat Hino diserbu kementerian pengangkutan Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors, syarikat subsidiari di bawah Toyota Motor Corp merupakan syarikat Jepun terkini yang terbabit di dalam skandal pemalsuan data pelepasan emisi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, rakaman daripada stesen TV NHK memaparkan pegawai dari kementerian terbabit memasuki premis ibu pejabat Hino pada Isnin lalu.

Hino dalam kenyataan pada Jumaat lalu mengakui mereka menjumpai salah laku dalam data prestasi enjin untuk proses persijilan emisi ekzos.

Susulan itu, Hino telah menggantung sementara jualan tiga jenis enjin yang terlibat, serta model-model yang menggunakan enjin tersebut.

Dipercayai, terdapat 115,500 kenderaan di Jepun dilengkapi dengan enjin yang telah dipalsukan datanya atau mempunyai masalah kecekapan bahan api, menurut kenyataan rasmi.

Dalam pada itu, Toyota juga sedang menyiasat impak kes ini terhadap perolehannya dan bakal mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kami ingin meminta maaf atas sebarang kesulitan dan kebimbangan yang menimpa pelanggan yang menggunakan bas Toyota Coaster yang dilengkapi dengan enjin berkenaan.

Sebelum ini, terdapat beberapa syarikat automotif Jepun diselar atas sebab yang sama, seperti Mazda, Suzuki, Yamaha, Subaru serta Nissan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
CJPT ditubuhkan pada April 2021 dengan tujuan mempercepatkan pelaksanaan dan mempopularkan…
Berita Global
Presidennya, Satoshi Ogiso dalam satu sidang media memohon maaf kepada semua pelanggan dan pemegang…
Berita Domestik
Seramai 60 orang peserta akhir daripada 10 pengedar Hino yang bertauliah telah mengambil bahagian…