Pemakaian tali pinggang keledar akan diperluas termasuk bas sekolah

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pemakaian tali pinggang keledar dalam kalangan pemandu dan penumpang bas akan diperluaskan secara berperingkat kepada beberapa kategori kenderaan awam lain termasuk bas henti-henti dan bas sekolah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis, Noraini Mohd. Nawi berkata, ketika ini pemakaian tali pinggang keledar hanya diwajibkan ke atas bas ekspres dan bas persiaran.

“Selain peluasan kategori, kita juga akan terus melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap bas-bas sedia ada bagi memastikan sistem tali pinggang keledar sentiasa dalam keadaan baik,” katanya selepas Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bagi Bas Ekspres dan Bas Persiaran di Terminal Perlis Sentral, di Kangar pada Khamis.

Menurutnya, operasi yang bermula sejak 1 Julai lalu itu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan perkhidmatan awam.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan operasi, sebanyak 79 buah bas ekspres dan 51 buah bas persiaran telah diperiksa oleh JPJ di seluruh negeri.

“Hasil pemeriksaan mendapati hanya seorang pemandu dan seorang penumpang dikenakan kompaun sebanyak RM300 kerana gagal memakai tali pinggang keledar,” ujarnya. 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Penguatkuasaan kita bukan terhad kepada sekatan jalan raya atau pemeriksaan di terminal bas dan…
Berita Domestik
Biarpun siasatan menyeluruh sedang dilakukan menerusi pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan,…
Berita Domestik
"Kita dapati pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera (jika tidak memakai…