Pemain industri sambut baik perancangan EV kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Sektor automotif negara menerima baik inisiatif negara terhadap penggunaan kenderaan elektrik atau EV.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARII, Datuk Madani Sahari (gambar bawah), banyak syarikat-syarikat berlandaskan automotif yang menunjukan minat terhadap EV.

Semenjak pengumuman Bajet 2022 sebulan lalu, dua pembuat komponen automotif utama, EP manufacturing Berhad (EPMB) dan Pecca Group Berhad telah melakukan kolaborasi-kolaborasi untuk pembangunan teknologi berkaitan penghasilan EV dari peringkat pembuat kenderaan, komponen ataupun sistem.

Kolaborasi MARII bersama EPMB pula akan melihat syarikat itu menjeremus ke arah pembuatan secara tempatan EV 2 dan 4 roda, pembangunan jaringan pengecaj dan aplikasi Super Delivery Ecosystem dengan pembayaran cara elektronik.

Pecca pula bekerjasama dengan MARII untuk menawarkan produk-produk kepoada jenama-jenama global. Antara yang dilakukan ialah pembaikan sistem operasi menggunakan proses industri 4.0.

 

 

Sebelum itu, Pekema, Persatuan Pengimport Dan Perniagaan Kenderaan Import Melayu telah menandatangani satu memorandum bersama MARII untuk menguatkan rantai nilai EV negara dan antaranya ialah cadangan untuk membina 1,000 stesen caj EV dan membangunkan aplikasi termasuk e-payment, pengesan stesen caj, sistem pengurusan bateri dan pusat servis untuk ekosistem pengecaj.

Dalam tahun 2016, Malaysia telah melancarkan EV pertama yang bakal dipasang secara tempatan (CKD). Berita pelancaran EV CKD dari BAIC itu terus diam selepas pelancaran.

Adalah harapan rakyat dan pengguna Malaysia agar inisiatif-inisiatif yang dilancarkan akan berjaya dan tidak berkubur diam sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
TNB dan MARii (sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI)…
Berita Domestik
Kerjasama bertunjangkan pembangunan bersama ekosistem EV itu membolehkan pelaksanaan Mobiliti…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari berkata, insentif yang disasarkan khusus…