Pemain FC Bayern Munich terima Audi E-Tron GT dan RS E-Tron GT

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemain pasukan bolasepak FC Bayern Munich dan pegawai-pegawainya menerima kunci kepada kereta kereta elektrik Audi E-Tron GT dan RS E-Tron GT sebagai kenderaan peribadi mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi memang mempunyai perjalinan yang sudah lama dengan kelab bolasepak profesional tersebut dan setiap tahun mereka membekalkan pasukan itu dengan kereta-kereta peribadi.

Tahun lalu, mereka menerima Audi E-Tron dan E-Tron Sportback. Tahun ini, 15 orang dari mereka akan menerima model baharu E-Tron GT dan RS E-Tron GT sedan. Tak cukup dengan itu, mereka semua menerima latihan pemanduan dari pemenang Formula E, Lucas di Grassi dan Rene Rast.

Keputusan Audi ini juga membantu memberikan promosi terhadap kenderaan elektrik di kalangan peminat bolasepak dunia. 

Di Malaysia, pasukan bolasepak JDT telah menandatangi projek bersama Aston Martin untuk menghasilkan edisi terhad Aston Martin JDT.