Pelumba wanita/pengacara Top Gear, Sabine Schmitz disahkan menghidap penyakit kanser

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba wanita yang juga merangkap pengacara rancangan Top Gear, Sabine Schmitz baru-baru ini mendedahkan kisah beliau yang menghidapi penyakit kanser.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu hantaran di Facebook, Schmitz menjelaskan beliau tidak dapat bertanding di dalam acara Nurburgring Endurance Race pada minggu lalu disebabkan penyakit yang dihidapi semenjak 2017. 

Sabine Schmitz membesar dengan persekitaran Litar Nurburgring, dan sepanjang karier beliau telah pun melengkapkan kira-kira 20,000 pusingan di litar Neraka Hijau tersebut. 

Oleh sebab itu, beliau digelar sebagai Permaisuri Nurburgring (Queen of the Nurburgring) serta 'pemandu teksi terpantas di dunia' menerusi kereta BMW M5. 

Beliau pertama kali muncul di dalam rancangan Top Gear ketika Jeremy Clarkson masih kekal di BBC pada tahun 2004, sebelum kembali semula pada rancangan yang sama pada tahun 2015 dengan barisan pengacara baharu iaitu Chris Evans, Matt LeBlanc, dan Paddy McGuinness. 

 

Baca: Mercedes-AMG A 45 S di Litar Nurburgring

Baca: Audi RS Q8 - SUV terpantas di Litar Nurburgring

Baca: Set Monopoli Litar Nurburgring

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Berita ini diumumkan sendiri oleh pemilik Litar Nürburgring di mana Sabine-Schmitz-Kurve itu bakal…
Berita Global
Mendiang diberitakan menghidapi penyakit kanser semenjak tahun 2017 lagi, dan berita tersebut hanya…