Pelumba sukan minibike Malaysia akur 3 pembatalan

oleh SALINA JALIL|
Pelumba dan pegawai sukan minibike di negeri ini akur Kejohanan Minibike Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada April lalu serta Jun dan Oktober ini terpaksa dibatalkan susulan penularan pandemik COVID-19.


Pengerusi Kelab Minibike Permata Melaka (KMPM), Rasli Iddham Ramli berkata, kejohanan pertama itu sepatutnya diadakan Selangor pada April lalu menerusi anjuran bersama KMPM, Kelab Permata Racing Johor, Kelab Sukan Bermotor Pusaka, Negeri Sembilan dan Comma Motosport (Selangor).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, akibat penularan pandemik COVID-19 dua siri kejohanan berkenaan juga terpaksa ditangguhkan pada 2021 bagi memastikan rantaian wabak berkenaan benar-benar berakhir.

 

"Seramai 22 pelumba cilik berusia 8 hingga 12 tahun di Melaka sudah bersedia untuk bersaing pada April lalu yang dijadualkan di Selangor, namun semua termasuk jurulatih pelumba dan ibubapa akur dengan situasi semasa.

 

"Malah mereka sudah melupakan saingan bagi Jun dan Oktober ini. Apapun, tidak banyak yang boleh dilakukan di rumah menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKB) ketika ini berikutan tidak dapat menjalani latihan.

 

minibile racer

 

"Cuma, mereka didedahkan dengan teknik pemanduan menerusi Youtube bagi meningkatkan kemahiran secara teori untuk membolehkan mereka mempraktikan selepas dibenarkan menjalani latihan kelak," katanya.

 

Rasli Iddham berkata, kejohanan minibike antara lain bertujuan mendedahkan generasi muda kepada asas menjadi pelumba profesional sekali gus memberi peluang mereka menyertai saingan kompetitif untuk pembentukan pelumba berkualiti.

 

Katanya, lebih banyak kejohanan disertai bakal membantu pembentukan mereka sebagai atlet sukan permotoran negara pada masa hadapan.

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Global
Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…