Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) ungguli GP Andalusia

oleh SALINA JALIL|
Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Fabio Quartararo terus cemerlang apabila mendominasi Grand Prix (GP) Andalusia, sebentar tadi.


Ia kemenangan kedua berturut-turut pelumba berusia 21 tahun itu di Litar Jerez selepas mengungguli GP Sepanyol, minggu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Pelumba itu menamatkan perlumbaan dengan mencatat masa 41 minit 22.66 saat (s), manakala tempat kedua menjadi milik Maverick Vinales yang ketinggalan 4.495s.

 

Rakan sepasukan Vinales, Valentino Rossi melengkapkan podium di tempat yang juga podium pertamanya sejak di Austin musim lalu.

 

Sementara itu, dua pelumba Moto2 negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dan Kasma Daniel Kasmayudin berdepan nasib malang apabila gagal menamatkan perlumbaan apabila masing masing ketinggalan 11 dan 20 pusingan.

 

 

Podium Moto2 didominasi pelumba Itali yang menyaksikan pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini meraih tempat pertama (39 minit 23.922 saat) diikuti Luca Marini (39 minit 26.075 saat) dan Marco Bezzecchi (39minit 27.165 saat)

 

Bagi saingan Moto3 pula, pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee meraih podium buat kali kedua musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua menerusi catatan 39 minit 18.925 saat (s) di belakang pelumba SIC58 Squadra Corse, Tatsuki Suzuki.

 

Suzuki mencatat 39 minit 18.861s dan tempat ketiga menjadi milik pelumba SKY Racing Team VR46, Celestino Vietti sementara pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang bermula pada petak ke-26 menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20.

 

Keputusan itu menyaksikan Khairul Idham memperbaiki kedudukannya selepas sekadar menamatkan kedudukan di tangga ke-22 pada GP Sepanyol, minggu lalu.

 

 

 

BH