Pelumba muda kuasai perlumbaan hari pertama TGR Festival Litar Utara Sepang!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hayden Haikal, pelumba paling muda di dalam sejarah perlumbaan Toyota Vios Challenge hari ini berjaya menduduki tempat pertama di dalam kategori Sporting pada perlumbaan pembukaan pusingan akhir di Sepang. 

Menariknya, walaupun bermula dari posisi kedua di grid, Hayden berjaya menamatkan 20 pusingan litar dengan jarak masa tujuh saat lebih pantas berbanding pesaingt rapatnya di Litar Utara Sepang. 

Ketika ditemubual, Hayden berkata, "pada permulaan perlumbaan, saya amat risau jika melakukan kesilapan namun pada akhirnya semua berjalan dengan lancar.

"Ini merupakan kemenangan pertama saya berlumba di dalam jentera sedan," tambah beliau lagi. 
 


Tatkala ditanya adakah beliau menggemari format perlumbaan jalanan seperti pusingan terdahulu, Hayden menambah, "saya lebih merasakan (berlumba di litar sebenar) lebih dekat di jiwa, kerana permukaan litar yang lebih luas, dan boleh memasuki selekoh dengan lebih pantas.

Pemenang tempat kedua, Kenneth Koh mengakui Hayden sangat pantas di litar dan tidak dapat mengejar gerak geri pelumba muda tersebut.

"Apa yang hanya saya fikir, habiskan perlumbaan dengan selamat dan mengumpul mata perlumbaan," ujarnya.

Ditempat ketiga jatuh kepada Eric Yong daripada ST Wangan Racing Team manakala selebriti Shawn Lee dan Shukri Yahaya masing-masing memperoleh tempat kesembilan dan kesepuluh.

 

Kelas Super Sporting 


Meraih tempat pertama ialah pelumba M7 Racing Team, Syafiq Ali setelah mengalami pertempuran empat penjuru di dalam kelas Super Sporting. 

Secara teknikal, Syafiq meraih tempat kedua dibelakang Alif Hamdan (Laser Motor Racing) dengan perbezaan masa 6.8 saat namun Alif dikenakan penalti 10 saat kerana melakukan jumpstart memaksa beliau menduduki tangga ketiga.

Syafiq memulakan perlumbaan dari petak kesebelas sebelum berjaya memperoleh posisi kelima memasuki selekoh yang pertama di belakang pelumba William Ho (Kegani Racing), Boy Wong (ST Wangan Racing Team) dan Alif Hamdan. 

William Ho juga dikenakan penalti 10 saat kerana melakukan jumpstart ketika permulaan perlumbaan. 

 

Kelas Promotional


Ini merupakan kali pertama selebriti tempatan berlumba di dalam jentera Vios serba baharu, menyaksikan Aiman Tino meraih tempat pertama mendahului Diana Danielle ditempat kedua dan Akim Ahmad (tempat ketiga).

Diana yang memulakan perlumbaan dari petak kedua mendahului perlumbaan selama enam pusingan sebelum Aiman Tino mengorak langkah dengan lebih pantas memintas Diana. 

"Aiman sememangnya pantas, daripada saya terus melakukan kesilapan, lebih baik saya membiarkannya (Aiman memintas)," ujar Diana. 

Walaupun Nabil Ahmad mencatatkan masa pusingan kedua terpantas ketika pusingan kelayakan, beliau hanya sekadar berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. 

Keputusan Perlumbaan 1, Pusingan ke-4 Litar Utara Sepang


SUPER SPORTING CLASS
1.    Syafiq Ali               M7 Racing Team 
2.    Freddie Ang          Telagamas Toyota
3.    Alif Hamdan           Laser Motor Racing
4.    Boy Wong              ST Wangan Racing Team
5.    Keifli Othman         Team Nanoplus


SPORTING CLASS
1.    Hayden Haikal         Prodigy Racing
2.    Kenneth Koh            Panglima City Racing Team
3.    Eric Yong                  ST Wangan Racing Team
4.    Brendon Lim             Tedco Racing
5.    Clement Yeo              Distinctive Model


PROMOTIONAL CLASS
1.    Aiman Tino
2.    Diana Danielle
3.    Akim Ahmad
4.    Khai Bahar
5.    Wany Hasrita 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…