Pelumba muda F2, Anthoine Hubert maut kemalangan di Belgium GP

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba muda berusia 22 tahun, Anthoine Hubert dilaporkan meninggal dunia berikutan terbabit dalam satu kemalangan ngeri di perlumbaan F2, Belgium GP semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kemalangan berkelajuan tinggi itu terjadi apabila jentera yang dipandu oleh Hubert berlanggar dengan jentera Juan Manuel Correa, 20 tahun di seksyen Eau Rouge, Litar Spa-Francorchamps. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FIA, kedua-dua pelumba telah dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian pelanggaran antara kereta #12, #19, dan #20. 

Pelumba pasukan BWT Arden yang juga bekas pelumba pembangunan Renault disahkan meninggal dunia jam 6.35 petang waktu tempatan 31 Ogos yang lalu.

Berasal dari Lyon, Perancis, Anthoine Hubert pernah meraih kejuaraaan pada GP3 Championship musim lalu dengan kemenangan dua perlumbaan pada F2 Championship musim ini. 

 

keadaan jentera Hubert

Belgium GP yang baharu sahaja melabuhkan tirainya semalam menyaksikan kemenangan pasukan Ferrari di tempat pertama manakala pasukan Mercedes-AMG F1 pula meraih kemenangan berganda di tempat kedua dan ketiga. 

Di akhir perlumbaan, kesemua pelumba memberikan tanda hormat mereka terhadap pemergian Anthoine Hubert, pelumba muda yang mempunyai bakat besar di dalam sukan ini.