Pelumba Malaysia terajui MSAA sebagai pengedar rasmi jentera lumba Aston Martin Vantage GT di Asia

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin baru-baru ini melantik Motorsports Services AMR Asia Limited (MSAA) sebagai pengedar eksklusif, pembekal alat ganti dan sokongan teknikal bagi semua varian kereta lumba Aston Martin Vantage GT untuk China, Hong Kong, Macau, Taiwan dan rantau Asia Tenggara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Organisasi yang diketuai oleh pengarah yang turut merangkap pelumba Malaysia Weiron Tan itu bertanggungjawab untuk memperkembangkan lagi jejak jenama mewah British itu di dalam sukan permotoran, menerusi sasaran awal Asian Le Mans Series 2022, GTWC Asia dan China GT Championship.

MSAA kini merupakan hab serantau ketiga yang menawarkan sokongan dan bantuan teknikal di mana mereka mempunyai fasiliti yang terletak berdekatan dengan Sepang, dan pusat operasi kedua pula bertempat di Zhuhai, China bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan rantaian bekalan.

Juara China GT 2018, Team ZWEI (sebelum ini dikenali sebagai BSEM Racing) akan menjadi pasukan pertama yang bekerjasama dengan MSAA di China, dan bakal berentap menggunakan jentera Aston Martin Vantage GT4.

 


Menurut Weiron Tan, "kami berasa amat gembira untuk menyimpulkan kerjasama antara Aston Martin Racing dan MSAA untuk menjadi wakil dan pengedar rasmi untuk rantau Asia.

"Walaupun keadaan serba mencabar disebabkan pandemik COVID-19, kami percaya dengan pengumuman serta inftrastruktur yang dibina membolehkan kami membalas kembali kepercayaan Aston Martin, dan dalam masa yang sama menawarkan sokongan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami.

Menurut Presiden Aston Martin Racing, David King berkata, "kami melihat China dan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan pertumbuhan utama yang strategik di dalam sukan permotoran, dan dengan kejayaan Vantage di dalam perlumbaan GT3 dan GT4, kami kini mempunyai platform yang tepat.

Dengan pemilihan MSAA sebagai pengedar rasmi di Asia Tenggara merupakan langkah dan strategi terbaharu Aston Martin Racing dalam memperkembangkan dan menyokong jaringan rakan kerjasamanya di peringkat global.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama itu juga akan menyaksikan Aston Martin diberi hak untuk mengeluarkan rekaan edisi terhad…