Pelumba Lamborghini negara, Afiq Ikhwan, menang lagi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Juara Lamborghini Super Trofeo Asia 2016, Afiq Ikhwan, membuktikan beliau masih raja pengendalian kereta lumba Lamborghini Huracan apabila memenangi pusingan ke 2 di litar antarabangsa Sepang, mengalahkan pemandu-pemandu Pro dari pelbagai negara lain. SEPANG R2 Stands Sejak sesi kelayakan pada hari sebelumnya lagi, anak muda yang berasal dari Kajang ini telah membuktikan bahawa beliau mempunyai tahap kebolehan pemanduan yang semulajadi untuk memandu sebuah jentera Lamborghini Super Trofeo, kerana kelajuan beliau sentiasa berada dihadapan pemandu-pemandu lain sepanjang masa. SEPANG R2 Grid Walk afiq Dalam perlumbaan hari Ahad lepas, Afiq, yang berkongsi kereta lumba dengan pemandu pasukan Clazzio, Cozzolino Kei dari Jepun, telah meraih kedudukan ke 2 pada pusingan 1 dan menang pusingan 2, meletakkan pasukan mereka pada tempat teratas kedudukan mata. Sepang Race 1 Wet Walaupun pasukan Clazzio hanya mampu bertahan pada kedudukan posisi ke 2 pada pusingan 1, kemenangan pada pusingan ke 2 sudah cukup untuk meletakkan mereka di atas kedudukan mata. Pusingan seterusnya akan berlangsung di litar antarabangsa Thailand di Buriram International Circuit, pada 20 & 21 Mei 2017.