Pelumba Jepun lagenda, Kunimitsu Takahashi meninggal dunia usia 82 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran dua dan empat roda, Kunimitsu Takahashi dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau mula menempa nama sebagai pelumba Jepun pertama yang memenangi perlumbaan Grand Prix pada tahun 1961 dalam kategori 250 cc, malah ia juga merangkap kejayaan pertama Honda di dalam kategori yang sama.

Secara keseluruhan, Takahashi merekodkan empat kemenangan, 14 kedudukan podium, dan tiga pusingan terpantas sepanjang karier di dalam Grand Prix.

Selepas kemalangan yang hampir meragut nyawa pada 1962 di Isle of Man TT, Takahashi membuat keputusan untuk berkecimpung dalam perlumbaan kereta pada tahun 1965.
 

Kunimitsu


Karier perlumbaan empat rodanya bermula dengan Nissan dan beliau berlumba dalam pelbagai kategori nasional di Jepun sebelum membuat kemunculan secara wildcard pada F1 Grand Prix Jepun tahun 1977 yang menempatkan beliau di tangga kesembilan.

Selain itu, beliau turut menyertai pelbagai format perlumbaan termasuklah All-Japan Sports Prototype, Japanese Formula 3000 Championship, serta Le Mans 24-Hours.

Takahashi turut membentuk pasukan tersendiri Team Kunimitsu untuk perlumbaan All-Japan Touring Car Championship, sebelum menyertai All-Japan GT Championship.

Pasukan tersebut masih lagi wujud sehingga kini, dan antara pencapaian terkini adalah meraih gelaran juara di Super GT pada tahun 2018 menggunakan khidmat Jenson Button dan Naoki Yamamoko, dan berjaya meraih gelaran yang sama dua tahun berikutnya.

Sumber: MCN