"Buat masa ini, pembaharuan akan ditumpukan hanya kepada kelas CP150 kerana ini adalah kelas profesional yang menyaksikan tugas pelumba sepenuh masa adalah berlumba," kata jurucakap kumpulan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.
"Idea gaji minimum adalah bagi memastikan pelumba terus menerima bayaran sekiranya perlumbaan dibatalkan. Kami perlu saling membantu antara satu sama lain pada waktu-waktu yang sukar ini," katanya.
Shahrol Yuzy, yang merupakan bekas pelumba kebangsaan MotoGP, bagaimanapun menegaskan bahawa gaji minimum itu tidak akan menggantikan bonus prestasi yang juga pendapatan utama pelumba.
Mesyuarat itu dihadiri wakil Pasukan Honda RCB Solaralert Cilik, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Ipone Yamaha YY Pang, Idemitsu Honda Yuzy Racing, Hi-Rev SCK Honda Racing dan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing.
Kejohanan Cub Prix Malaysia 2020 dihentikan sejak pusingan pembukaan di Litar Tangkak, Johor pada bulan Mac selepas kerajaan memutuskan untuk melarang sebarang perhimpunan massa bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.