Peluang terakhir untuk beli Honda Jazz sekarang sebelum riwayatnya ditamatkan di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita Honda Jazz digantikan dengan model City hatchback di Thailand bukan cerita baharu.

Sebaik sahaja Jazz/Fit generasi keempat dilancarkan di Jepun, sudah terbit persoalan adakah model itu akan hadir di Asean kerana bentuknya yang sangat feminin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Jazz baharu ada terjual di Eropah dan China (lengkap dengan varian Crosstar), kemunculannya di Asean ketika itu bergantung kepada keputusan syarikat itu sendiri dan dengan terlancarnya City hatchback, jawapannya semakin nyata.

Dari sumber-sumber dalaman Careta, Honda Malaysia juga akan melancarkan varian hatchback untuk menggantikan model Jazz.

Harga Jazz sekarang bermula dari RM72,500, hanya sedikit berbeza dari City yang berharga dari RM74,200.

Jika kita lihat kepada UMW Toyota, ia meletakan harga Yaris lebih rendah dari Vios, varian sedan model yang sama - Yaris sebenarnya adalah varian hatchback untuk Vios.

 

 

 

Ada kemungkinan Honda Malaysia akan menggunakan konsep yang sama juga dengan meletakkan julat harga yang rendah sedikit untuk City hatchback berbanding dengan City sedan (dan mungkin juga kelengkapan yang lebih asas untuk hatchback).

Apapun, jika anda berminat dengan Jazz atau konsep kenderaan kompak khusus untuk bandar tetapi menawarkan ruang kabin yang super praktikal, sekarang ialah masanya untuk anda meneruskan niat itu sebelum stok Jazz habis.

Pengeluaran Jazz di Malaysia juga dikhabarkan akan ditamatkan dalam suku keempat tahun ini dan pengedar-pengedar Honda ada yang memberikan diskaun menarik khusus untuk model terakhir itu di Malaysia.

Adakah Jazz generasi keempat diperkenalkan di Asean? 

Kemungkinan itu tetap ada, terutama varian hibrid dan dalam bentuk yang premium. 

Dengan pasaran kenderaan sebanyak hanya 600,000 unit setahun, Malaysia sebenarnya tidak mampu menerima kemasukan banyak model-model atau varian-varian kerana tiada justifikasi dari segi kos pelaburan oleh syarikat pengeluaran.

Rekod lampau juga menunjukan untuk kebanyakan jenama Jepun, jika ia wujud di Thailand, maka ada harapan besar ia juga akan dibawa masuk ke Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…